Maher Zain Umum Jelajah Asia Tenggara 2025

0




Penyanyi dan penulis lagu terkenal kelahiran Sweden-Lubnan, Maher Zain, telah mengumumkan secara rasmi Jelajah Asia Tenggara 2025 menerusi platform media sosialnya hari ini yang bakal diadakan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Singapura. Pengumuman tersebut turut disertakan dengan paparan visual menarik dari ketiga-tiga bandar yang bakal menjadi lokasi konsert, yang tentunya mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat di seluruh rantau ini yang menanti-nantikan kepulangan beliau di rantau ini.

Dikenali menerusi karya muzik yang sarat dengan mesej kerohanian serta persembahan yang penuh penghayatan, Maher Zain bakal kembali ke pentas Asia Tenggara pada bulan Ogos 2025 di tiga lokasi iaitu Stadium Hoki Nasional, Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2025; The Star Theatre, Singapura pada 21 Ogos 2025; dan Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu pada 23 Ogos 2025.


Pendaftaran bagi pra-jualan tiket kini dibuka melalui laman web rasmi di www.maherzainseatour.com, memberikan akses awal secara ekslusif kepada para peminat untuk membeli tiket sebelum jualan umum dibuka. Pendaftaran akan ditutup pada 12 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari (GMT+8).


Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !