Romantic Echoes tampil solo julung kali di Zepp Kuala Lumpur pada 6 Februari 2026

0


 

Kuala Lumpur : Selepas Nyala Fest tahun lalu, kumpulan terkenal dari Indonesia, Romantic Echoes akan mengadakan persembahan solo pertamanya sempena ‘Konsert Dentum The First Romantic Echoes Showcase Live In Malaysia’ di pentas Zepp KL buat julung kalinya pada 6 Februari depan.


Romantic Echoes turut menampilkan artis tempatan iaitu kumpulan Midnight Fusic sebagai artis jemputan pada persembahan pembukaan konsertnya nanti.

Jurucakap penganjur dan pengurus projek, Azreel Azhar berkata, pihaknya menganjurkan konsert Romantic Echoes kerana permintaan yang sangat tinggi di kalangan peminat tempatan.


“Persembahan Romantic Echoes mendapat sambutan hangat sempena Nyala Fest pada prnghujung November 2024. 


“Justeru, ia menjadi pemangkin untuk pihak Neptunes menganjurkan persembahan Romantic Echoes secara solo untuk memenuhi permintaan peminat tempatan.


“Neptunes Presents dan pengurusan Romantic Echoes kini bertungkus lumus untuk menyajikan persembahan malam yang luar biasa disulami dengan elemen kejutan buat peminat,” katanya.


Menurut Azreel lagi, Romantic Echoes dijangka menyampaikan 18 rangkaian lagu popular dari empat bingkisan albumnya termasuk yang tidak pernah dipersembahkan sebelum ini.


Romantic Echoes dikenali dengan rangkaian lagu hits iaitu Persembahan Dari Masa Lalu, Paradisa, Amarah, Gaung Asmara dan Yang Kau Hindari Terjadi.


“Dari segi kelainan, pastinya persembahan solo yang pertama Romantic Echoes di Malaysia akan menampilkan elemen dan konsep yang berbeza dari persembahan sebelum ini khususnya buat peminat dan kelab peminat mereka yang dikenali sebagai Divisi Romantis.


“Konsert ini akan menjadi suatu momen yang meninggalkan kenangan indah dan romantis bersama Romantic Echoes kerana persembahan kali ini diadakan di Zepp KL yang juga pentas yang dekat dengan peminat serta tidak asing buat peminat tempatan. 


“Hubungan erat Romantic Echoes dan peminatnya di Malaysia iaitu Divisi Romantis Malaysia hanya berkomunikasi di platform media sosial sebab itu Romantic Echoes juga tidak sabar untuk mengadakan persembahan solo pertama di sini,” katanya.


Sebelum ini, Romantic Echoes pernah mengadakan beberapa persembahan bersama kumpulan pemuzik tempatan seperti Fugo dan beberapa acara muzik festival seperti Nyala Fest 2024 dan Sound Circus yang dianjurkan oleh Art of Speed.


Tiket untuk menyaksikan showcase Romantic Echoes mula dijual kepada orang ramai bermula 30 Disember ini  di platform Ticket Empire menerusi https://www.myticketempire.com




Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !